- Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
- Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
- Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
- Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
KATA SENDI
|
PENGGUNAANNYA
|
AYAT CONTOH
|
di
|
·
Digunakan
untuk tempat.
· Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. |
1. Pertandingan itu
diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu. |
ke
|
·
Digunakan
untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
· Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. · Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang. |
1. Mereka akan ke
Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang. 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. 4. Cik Bedah ke surau. |
dari
|
·
Digunakan
untuk tempat, arah atau masa.
|
1. Bola itu
ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi. 3. Ely datang dari Kelantan. |
daripada
|
·
Digunakan
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan
untuk menunjukkan keanggotaan.
|
1. Surat itu saya
terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu. 3. Ukiran itu diperbuat daripada perak. 4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan. 6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota. |
Kepada/ akan/terhadap
|
Digunakan selepas
kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
|
1. Devi suka akan
rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya. 3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa. |
KATA
SENDI
|
PENGGUNAANNYA
|
AYAT
CONTOH
|
bagi/untuk
|
·
Digunakan
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.
|
1. Derma untuk /
bagi mangsa banjir sedang dipungut.
2. Hadiah ini untukmu. |
pada
|
·
Digunakan
untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
|
1. Peah tiba
pada pukul lapan malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim. 3. Pada pendapat saya, cerita itu benar. |
demi
|
·
Digunakan
dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
|
1.Rakyat Malaysia
mesti bersatu demi kesejahteraan negara.
2. Demi kepentingan bersama, marilah kita berdamai. |
tentang
|
·
Digunakan
untuk menyatakan makna berkenaan dengan
|
1.
Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah
negara.
|
seperti/
umpama/ laksanabagai |
·
Digunakan
untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang
lain.
|
1.Pemuda
itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai orang berada.
2. Suaranya merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh perindu. |
dengan
|
·
Digunakan
untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan
setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
|
1.
Izzat bermain dengan Hazwan.
2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. 3. Nani belajar dengan tekun. 4. Nora menulis dengan pensel. |
sejak/semenjak
|
·
Digunakan
untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
|
1.
Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
suaminya pulang dari perantauan.
|
oleh
|
·
Digunakan
selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
|
1.
Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2.
Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh
kata-kata ketua mereka.
|
hingga/
sampai
|
·
Digunakan
untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.
|
1.
Anggota-anggota polis berkawal hingga/ sampai larut
malam.
2. Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. |
dalam/
antara
|
Digunakan untuk
menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
|
1.
Dalam hal ini, kita semua setuju.
2. Mereka berbincang antara adik- beradik |
No comments:
Post a Comment