Monday, December 12, 2011

Latihan Pengukuhan Peribahasa

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah 
kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2. Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3. Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4. Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

Sunday, December 11, 2011

Latihan Pengukuhan - Kata Hubung

Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung yang diberi.

 
1. Wai Man menangis.
    Wai Man terjatuh dari pokok.  ( kerana )


2. Bapa mendengar radio.
    Bapa membaca surat khabar.  ( sambil )


3. Kakak memadamkan lampu.
    Kakak tidur.  ( lalu )


4. Budak itu rajin.
    Budak itu pintar.  ( serta )


5. Sang Kancil bijak.
    Sang Buaya bodoh.  ( tetapi )

TANDA BACA

TANDA BACA

Latihan Pengukuhan Tanda Baca

Tulis ayat di bawah semula dengan menggunakan tanda baca yang betul.

 
1. sepupu alina baru sahaja balik dari australia
___________________________________________

2. datuk ahmad tinggal seorang diri di gua musang
___________________________________________

3. sang arnab telah menipu sang rangkak
___________________________________________

4. oh  awak rupanya yang datang semalam
___________________________________________

5. apakah yang sedang dilakukan oleh razali
___________________________________________

KATA SENDI

  1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
  2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
  3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
  4. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

Latihan Pengukuhan Imbuhan

Pilih perkataan berimbuhan yang betul untuk mengisi tempat kosong.
 
1. Rumah Devi tidak _______________ ____ rumah Lisa.  ( tercantik, secantik)

2. Puan Lina sedang ____________________ anaknya yang sedang menangis.
    ( mendukung ,  pendukung )


3. Adik menangis kerana ____________________ dari katil.  ( berjatuh , terjatuh )

4. ________________________ Ramu tidak diterima oleh abangnya.  (Pendapat , Mendapat )

5. Anis dan Intan ________________________ ke rumah Mei Ling pada Tahun Baru Cina. ( kunjungan ,  berkunjung )

6. Mereka ______________________ ialah adik-beradik kembar.  ( kedua , berdua )

7. ___________________________ begitu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
    ( Pakaian , Memakai )

KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif
View more presentations from

KATA GANDA

TATABAHASA Tahap 1

KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

Kata Hubung GabunganKata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.

Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi

Contoh Penggunaan dalam Ayat
 
1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan
pelajarannya ke maktab atau ke universiti.

2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, Zul?” tanya Amin.

3. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang
kaya itu.

4. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu.

5. Semua murid di kelas itu membaca buku di perpustakaan kecuali Shamsudin.

6. Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad atau hari kelepasan am.

7. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam yang empuk itu.

8. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu menggigit punggungnya.

9. Aliah rajin serta gigih berusaha.

10. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid bercadang untuk pergi menonton wayang pada
hari minggu ini.

11. Sally menyanyi sambil menari.

12. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik.

13. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai.

14. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal.

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Tuesday, November 15, 2011

TEKNIK MEMBACA


KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
  • mengingat dahulu apa yang telah diketahui
  • membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
  • melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
  • mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
  • menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar
  • mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca
  • menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
  • menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Know (K)
Apa yang sudah diketahui?
Want (W)
Apa yang hendak diketahui?
Learned (L)
Apa yang telah dipelajari/diperoleh?
How (H)
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?
 
 
 
 


SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. 

SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey)     tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read)       baca
R (recite)     imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review)   baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau  teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan  kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan

Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;
           i)  membaca pantas
           ii) membaca kritis

Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.